Welcome To Maya Haniera's Blog

Wednesday, June 13, 2012

Cerpen Minggu Ni :)



Butakah Cinta??
Helmi memetik gitar kesayangannya sambil menyanyi-nyanyi untuk persediaan pertandingan kebudayaan yang di adakan oleh pihak university bulan hadapan.Dia tidak punya idea pada  waktu ini yang ada kepalanya sedang kusut dengan perangai teman wanitanya yang mula berpaling tadah kepada orang lain.
Keadaan di Hostel lelaki itu riuh rendah dengan gelagat pelajar lelaki .Helmi yang duduk di bangku mengenang nasibnya itu terkejut apabila kawan baiknya Razlan menyergahnya daari belakang.Lelaki itu beristighfar panjang.
‘’Ni kenapa jiwang –jiwang ni.Apahal muka kau macam pisang masam ni? ‘’
‘’tak ada apa-apa.Aku cuma tengah fikir pasal Putri .Kenapa dia buat aku begini?Apa salah aku padanya?? ‘’
‘’kan sudah aku kata pada kau ,jangan terlalu berharap pada perempuan .Nanti diri sendiri yang merana.Nilah kalau cakap orang kau langsung tak nak pakai.Hai kau ikut je kata dia.Dia nak putuskan so what?? .leave her. You life must be fun with another women ,I mean another foolish girls. ‘’
‘’what??  Hey maksud kau mainkan perasaan perempuan ke??Weh aku ttak beranilah .Berdosa. ‘’
‘’what the hell.Perempuan semua sama .Bodoh.Kita jadi lelaki ni kena enjoy.Sudahlah jangan kau nak tension. ‘’
Helmi hanya mampu terdiam.Pada pendapatnya ada kebenarannya kata-kata kawan baiknya itu.Helmi menghantar Razlan ke bilik hanya dengan pandangan mata sahaja.’Hey laparlah perut aku.erm daripada aku tension kat sini baik aku pergi café makan lagi bagus’ bisik hati lellakki itu.
*************************
Rania menyuap makan ke mulutnya sambil membaca buku yang baru di pinjamnya di perpustakaan.Sesekali dia membetulkan lipatan tudungnya.Gadis bertubuh ‘Cabby’ itu merupakan pelajar cemerlang .
‘’Hey Bee sayang kau makan tak ajak aku ek?? ‘’Segah Gilson lelaki cina yang juga merupakan kawan baiknya sedari kecil.Rania tersedak apabila tersedak begitu.
‘’Kurag asamlah kau ni.Kau memang saje je nak suruh aku mati tercekikkan??Aku report kat bapak kau baru tahu yang kau ni suka kacau aku…wekkk.. ‘’
‘’eleh…ada aku kesah  ke? ‘’ ujar lelaki ittu yang sungguh petah berbahasa melayu tanpa salah tutur.
‘’Mana AWEKZ kau?? ‘’
‘’entah.Kau tak payah Tanya aku fate up dengan perempuan gila tu ‘’
Ujar Gilson tiada mood.Mukanya sahaja sengaja di masamkan.Masam mengalahkan cuka basi.Eh ada ke cuka basi?hehehe.
‘’erm papa lee tak cakap ke bila hasil pemeriksaan kesihatan aku tu keluar?? ‘’ soal Rania.Suaranya mula serius.gilson hanya terdiam wajahnya mula tidak keharuan.
‘’hurmmm…tak..tak ada pu.. eh kau ni makin susut.Kau tak makan ke?? ‘’
Rania tersenyum . ‘’kau buta  ke??aku tengah makanlah ni. ‘’
Rania akui badannya semakin susut hari demi hari.dulu beratnya mencecah 75 kg tapi kini beratnya sudah menurun sehingga ke 55kg.dia tahu ini pasti effect daripada penyakitnya yang masih belum di ketahui.Dia baru sahaja menjalani pemeriksaan setelah mengalami sesak nafas yang sangat teruk.Rania reda jika berlaku apa-apa padanya kelak.
************************
‘’Hey bila kau nak cari awek baru nii..Kau ni pengecutlah.Kau tengok awek kau sidah ada pengganti sedangkan kau.. ‘’bebel Razlan sambil menepuk-nepuk bahu Helmi. Helmi menjeling tajam pada kawan baiknya itu.
‘’Yelah kau ni .Janganlah jadi lelaki yang bodoh .Setia tak bertempat. ‘’Tambah Jehan.
‘’Woi!. Agak-agaklah kalau nak cakap aku pengecutpun!aku ni pantang di cabar.. ‘’
Ujar Helmi yang rasa tercabar apabila kawan baiknya itu mengatakan dia seorang yang pengecut.
‘’okey! Kau buktikan yang kau tu tak pengecut dan pantang di cabar.sekarang ni aku nak kau pergi dapatkan Sharifah Intan Rania ,budak accounting tu.aku bagi masa setahun.Kalau kau bolehlah dapatkan budak gemuk and ulat buku tu. ‘’ ujar Razlan ,jari telunjuknya di halakan pada satu sudut di mana ada seorang gadis comel yang sedang tertawa bersama kawan-kawaannya. ‘tak adalah perempuan ni gemuk,mandai je dia orang ni.lama dah aku tak jumpaa kau Nia’ bisik Helmi lalu tersenyum penuh makna dia yakin dia tidak akan di gelar pengecut lagi.
*************************
Rania keluar dari perpustakaan bersama Gilson dan Hui Wei.Tangan Rania penuh dengan buku-buku yang di pinjamnya.
‘’you both  …pergilah café dulu.aku nak pergi tandas Sakit perutlah. ‘’Ujar Rania.Gilson dan kekasihnya hanya mampu menuruti kata-kata Rania itu.Rania terus menuruni anak tangga dengan tergesa-gesa.Dadanya semakin sesak.tekaknya terasa mual.Kalau boleh dia mahu sahaja berlari namun dek kerana memikirkan keadaannya akan bertambah lebih buruk dia akur.
Sedang dia leka menuruni anak tangga dia merasakan tubuhnya di langgar dari belakang.Habis berselerak buku-buku yang berada di tangannya .Rania terkaku seketika apabila melihat seorang lelaki kacak sedang mengutip bukunya yang berselerakan tadi.
‘’Hello ..awak.Buku awak. ‘’Rania tersedar ke alam yang nyata apabila lelaki itu mengejutnya dari lamunan.Lama Rania merenung wajah lelaki itu.Lelaki itu sangat kacak.Lelaki itu memiliki kulit yang putih di sertakan dengan mata yang mengoda.Bibir dan hidung lelaki itu terletak comel menambahkan kekacakan lelaki itu.
‘’awak?? ‘’
‘’ya…terima kasih. ‘’ ujar Rania tersenyum manis sebelum mengambil buku dari tangan lelaki itu.Rania terus mengatur langkah untuk pergi.
‘’Sharifah Intan Rania.. ‘’
Rania menoleh kebelakang apabila tersedar namanya di panggil .Pasti lelaki tadi yang memanggilnya dia pasti sekali.Tebakkannya benar sekali.Rania tersenyum bingung memandang lelaki itu.
‘’macam mana awak tahu nama saya?? ‘’
‘’Siapa yang tak kenal Sharifah Intan Rania??.Lagi pun tak akan Nia dah lupa dengan Mi?? ‘’
‘’Do I know you?? ‘’berkerut dahi Rania
‘’ Nia sudah lupa??Syed Fizrul Helmi.. ‘’
Rania terkaku seketika.Bibirnya seketika menjadi kelu.Ya kini baru dia teringat wajah lelaki ini persis wajah lelaki yang pernah di pujanya dahulu sewaktu di zaman persekolahan .Rania mengetap bibirnya.Tiba-tiba sahaja matanya mula berkaca-kaca.Helmi mula kaget melihat riaksi Rania.
‘’Nia kenapa ni?? ‘’Helmi mendekati Rania.Rania berundur beberapa langkah.
‘’Sorry Nia ada hal…Nia pergi dulu Assalamualaikum. ‘’
‘’Nia… ‘’
Rania terus  melangkah tanpa menoleh kebelakang lagi.Helmi meraup kepalanya.Sangkaannya benar ,gadis itu masih tidak melupakan peristawa lepas.Dek kerana terlalu memilih rupa dia sanggup melukakan hati seorang gadis yang langsung tidak bersalah.Kini  tegarkah dia melukakan gadis itu sekali lagi? Dia sendiri tidak tahu.
*************************
‘’Mana si gemuk tu.Selalu kau dengan dia. ‘’Ujar Edwin menyuap makanan ke dalam mulutnya.
‘’manalah aku tahu.Kenapa kau tanya aku? ‘’ soal Helmi. Sambil menongkat dagu.
‘’tak ada apa-apa.Kaukan pakwe dia ‘’Ujar Edwin selamba.Helmi tersenyum sinis.
‘’aku ??pakwe dia.Owh no.you think I am a stupit boy?? Hey ,aku layan dia sebab kesian jee kau tahu tak??nothing else. ‘’ Ujar  Helmi tersenyum apabila ternampak PutriNatasha lalu dihadapannya.
‘’Lagipun tak akan aku nakkan perempuan gemuk macam dia.Buat pengetahuan kau aku dah couple dengan Putri . ‘’sambung Helmi sambil  tertawa bangga.
DUPSS!! Helmi terkejut apabila terdengar benda terjatuh  di belakangnya.Pantas lelaki menoleh kearah itu.Pucat wajah Helmi apabila melihat  Rania sudah terpaku.
‘’ Nia.. ‘’
Helmi terdiam apabila melihat air mata gadis itu mengalir tanpa henti.Rania terus beredar pergi.semenjak daripada itu Rania mula menjauhinya.Sebulan selepas kejadian itu Rania berpindah ke sekolah lain.Setiapa hari  dia akan merindui gadis comel itu meskipun hatinya sudah berpunya.Dia sendiri tidak tahu kenapa.
*************************
‘’ Rania…dengar dulu cakap Mi…Mi tak ada maksud nak buat macamtu pada Nia dulu. ‘’
 Rania mula bangun daripada dudukkannya.
‘’ cinta dan hati saya hanya untuk oorang yang benar-benar iikhlas mencintai dan menyanyangi saya dan bukan untuk dipersendakan  ‘’

Rania terkejut melihat tindakan Helmi yang melutud di kakinya.Berkerut-kerut dahi Rania melihat kesungguhan yang tergambar di wajahnya.Apa benar lelaki ini jujur padanya.Hatinya begitu takut untuk menyatakan perasaan yang sebenar pada lelaki itu.
‘’Apa ni Mi .Janganlah buat Nia macam ni. ‘’
‘’Nia,tolonglah .Mi menyesal dengan perbuatan Mi yang lepas.Lepas Nia tinggalkan Mi baru Mi sedar yang Mi buat Keputusan yang salah.Tolonglah Nia.Mi rayu kita mulakan perhubungan kita ‘’Rania terdiam .Dia menoleh ke sekelilingnya.ramai yang memandang ke arahnya memaksanya membuat keputusan .Akhirnya Rania tersenyum pahit.Di dalam hatinya berdoa agar sejarah  tidak akan berulang kebali.
************************
Kau hilang bilaku tiba
Kau datang bilaku kecewa
Terasa diri
 Dipersenda

Dimana berakhirnya nanti
Permainan sandiwaramu ini
Sesungguhnya aku
Tak mengerti

Rania hanya menghayati setiap bit-bit lagu ‘butakah cinta’ nyanyian kumpulan Spring yang  sedang dinyanyikan Gilson.Rania mengalihkan pandangannya memandang Helmi yang sedang berbual bersama Firdaus.Rania merasakan lagu yang di nyanyikan Gilson itu seolah-olah dirinya.Sehingga kke hari ini dia masih keliru dengan perhubungannya dengan Helmi .Lelaki itu seolah-olah  mencintainya setulus hati.
‘’Mi.. ‘’
Helmi menoleh lalu tersenyum pada  Rania.
‘’Hari kebudayaan nanti .Mi  tak nak join ke? Nia tengok Mi rileks je.. ‘’
‘’Sayang nak Mi join ke?? ‘’
‘’Nia tanya sahaja ‘’
‘’Mi dah practice dah lah. ‘’
‘’ Mi nak buat apa?? Persembahan apa ‘’
‘’mana boleh Mi bagitahu sayang.nanti tak supriselah. ‘’Ujar  Helmi sambil menarik hidung Rania.Akhirnya mereka tertawa.Namun hanya seketika ,air muka Rania berubah .
‘’kenapa ni sayang?? ‘’
‘’ tapi sempat ke Nia pergi ke Majlis itu??..’’
Gilson,Firdaus dan Hui Wei terus memandang kearah gadis itu.Berubah air muka Gilson.Dia tahu apa yang di maksudkan gadis itu.
‘’kenapa sayang cakap macam tu? ‘’
Baru sahaja gadis itu ingin menjawab,namun pantas Gilson memotongnya.
‘’Sudahlah jom kita semua pergi makan ‘’
Rania bersyukur kerana Gilson mencelah .Rania akui dia semakin menyanyangi Helmi.Lelaki itu terlalu mengambil berat padanya.Lelaki itu benar-benar sudah berubah. Setiap kali bersama Helmi dia merasakan dirinya di sayangi.Namun dia sedar dia tidak mungkin bertaahan lama.Kelak dia akan meninggalkan lelaki itu.Benar kata orang,cinta itu buta.Walaupun seseorang itu pernah melukai kita namun kerana sayang kita sanggup melupakan perbuatannya hanya kerana satu perkataan ,iaitu ‘cinta’.
*************************
‘’Nia kenapa wajah Nia pucat sahaja,Badan Nia sekarangpun susut.Sudah kurus,sayang tak makan ke?? Sayang sakit ke?? Nia kenapa sekarang ni Nia tidak seceria dahulu.Kenapa ye? ‘’
Helmi meluahkan rasa tidak puas hatinya pada Rania .Rania hanya berdiam diri..
‘’Helmi sayang pada Nia ,jujurkah? ‘’
‘’Sayang! Mi sayang pada Nia.Sayang sangat-sangat. ‘’
‘’Owh …Nia nak nyanyi sekarang ni ,boleh tak?? ‘’Ujar Rania sambil melentokkan kepalanya pada Helmi.Dia merasakan dirinya semakin jauh dengan lelaki itu.Helmi hanya menganguk.
Butakah Cinta
Berapa lamakah lagi
Terpaksa aku menanti
Sehingga teguhnya
Pendirian dihati

Bukan
Hanya kepentingan
Malahan keegoan
Telah ku korbankan

Berlimpahan
 Kasih sayang
Aku curahkan
Buat mu seorang

Kiranya semua itu
Tak memadai bagimu
Apa sebenarnya
Yang kau mahu
Ku tak tahu

Kau hilang bilaku tiba
Kau datang bilaku kecewa
Terasa diri
 Dipersenda

Dimana berakhirnya nanti
Permainan sandiwaramu ini
Sesungguhnya aku
Tak mengerti

Jika benar cinta itu buta
Butakah mataku
Berkali terluka masih jua
Ku menunggu

Apa yang ku inginkan
Cuma kejujuran
 Dalam perhubungan

Jika itu tiada
Apalah ertinya
Pernantian ini
Hanya sia sia

Air mata Rania mengalir.Tangannya erat memaut lengan Helmi.Helmi terkaku .Jauh di sudut hatinya dia tahu lagu itu di tujukan padanya.
‘’ESOK kau kena kotakan janji kau Helmi. Esok genap setahun kami menunggu kemuncak sandiwara kau.Esok kita jumpa kat Café lepas kelas okey.see ya! ‘’
Terngiang-ngiang suara Razlan di telinganya.Kepalanya semakin kusut.Tegarkah dia meninggalkan gadis itu esok? Sedangkan dia semakin mencintai gadis itu hari demi hari.Sungguh dia mencintai Gadis itu.
‘Arg! Perdulikankan ,Helmi tunjukan yang kau ni bukan pengecut macam yang dia orang cakap’bisik satu suara di telinga kirinya.
‘bukankah engkau mencintainya?? Dia punya perasaan Helmi.tegar engkau buat dia menangis lagi? ‘’bisik suatu suara lagi di telinga kanannya pula.
‘’Persetan semuatu!’
‘jangan di ikutkan perasaanmu.Nanti engkau yang menyesal .Fikirkan kata-kata aku.’
‘’Diam!’’
Helmi menitup telinganya dengan bantal sungguh fikirannya sedang buntu.
**************************
‘’Mi nak bawa Nia pergi mana? ‘’ Ujar rania sambil tersenyum manis ,
‘’ikut sahaja okey ‘’
Mereka sampai di café .Helmi terus menariknya mendekati Razlan  dan Jehan yang tersenyum memandangnya. Mereka berdua terus duduk bertentangan dengan Razlan dan Jehan .
‘’So senang cerita.Kau terus terang sekarang Mi ‘’ ujar Jehan sambil tersenyum sinis memandang Rania.
‘’Jelaskan apa ni Mi?? ‘’tanya Rania kebingungan.
‘’Nia sebenarnya.Mi bukan ada niat nak buat macam ni kat Nia tapi ‘’
‘’Sudah, kau tak payah nak berkias’’ sampuk Razlan .Jehan ketawa berdekah-dekah.
‘’Nia sebenarnya Mi tak pernah sayang dan cinta pada Nia’’ Helmi melepaskan nafas .Sepertinya terpaksa.Helmi memandang Mata Rania yang mula berkaca.
‘’apa ni! ‘’
‘’Nia..’’
‘’alamak Nia kau ni bodoh ke bahlol? Itu pun tak boleh nak tangkap.Maksud dia selama ini dia mainkan kau!hahaha.tak akan kau tak sedar kut. ‘’
‘’Tapi kenapa??? ‘’
‘’sebab…kita orang cabar dia dapatkan perempuan gemuk macam kau!.Kau fikirlah tak akan lelaki sekacak Helmi mahukan kau yang Gemuk macam kau Bodoh.sudahlah kau baliklah lakonan Helmipun dah habis so kau bolehlah blar dalam hidup dia!! ‘’
Ujar Razlan .Lama Rania memandang Helmi meminta kepastian namun lelaki itu hanya menunjukkan wajah yang selamba.Akhirnya dia akur lalu beredar dari situ.
MALAM semakin kelam tidak langsung mengundang rasa menagantuk Helmi .Dia rindu pada Rania.Sudah seminggu lebih peristiwa itu berlaku,semenjak itu dia tidak berjumpa dengan Rania.Dari sumber yang di dapatinya rania masuk hospital namun bila ditanyakan apa sakitnya tiada siapa yang berani menjawab soalan itu.
Helmi menilik jam yang baru sahaja pukul 9.30 malam .Pantas dia menarik jeket kulitnya lalu keluar daripada biliknya.Pantas lelaki itu ke bilik Gilson yang terletak tidak jauh daripada biliknya.
‘’Gil!! Bukalah pintu ni aku nak cakap dengan kau. ‘’
Lama Helmi mengetuk pintu bilik Gilson  akhirnya terbuka juga.Gilson menunjukkan wajah jurang senangnya.’’nak apa??’’
‘’Mana Nia??tolonglah bagi tahu aku.. ‘’
Gilson melepaskan nafasnya.Akhirnya dia membuka mulut untuk memberitahu segalanya pada Helmi.Rania masuk ke hospital kerana sesak nafas sebaik sahaja pulang daripada berjumpa dengan Helmi.Gadis itu di sahkan menghidap penyakit kenser hati pada tahap 4.Kini gadis itu berada di hospital Ampang Putri menjalani rawatan.Helmi terus bergegas ke sana.
‘’BOLEH saya bercakap dengan Gilson ’’
‘’ya saya Gilson,Ada apa ya encik?? ‘’
‘’ awak kenal dengan Syed Fizrul Helmi? ‘’
‘’ saya kawan baiknya ‘’
‘’Dia berada di hospital .Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya.Saya harap awak dapat memberi tahu kepada seluruh ahli keluarganya ‘’
Gilson terdiam dia menyesal seketika kerana memberitahu tentang keadaan Rania sebenar pada lelaki itu.Jika dia tahu ini akan berlaku dia tidak akan memberitahunya kepada lelaki itu.
*************************
Helmi disahkan buta kerana dia mengalami kecerderaan yang teruk dibahagian otak sehingga konea matanya rosak sama sekali.Semenjak dia sedar dari komanya,Hanya nama Rania yang dipanggil-panggil.Setiap kali itu dia akan menangis jika Rania tiada di sisinya.Dia seolah-olah anak kecil yang di tinggalkan ibu.
‘’Nia sihat??Mi rindu nak lihat muka Nia. ‘’Helmi menyentuh wajah Rania.Rania menangis .setiapkali bersamanya lelaki itu pasti berkata seperti itu.
‘’Nia kenapa menangis?? Nia marah Pada Mi?Mi minta maaf ‘’ Helmi menundukan waajahnya.Sekarang dunianya gelap.Mungkin ini pembalasan yang patut diterimanya kerana melukakan hati Rania.
‘’Nia ni mesti pembalasan Sebab Mi lukakan hati Nia.. ‘’ Setitis demi setitis air mata Helmi jatuh.
‘’Mi jangan menangis .Ni takdir tuhan jangan cakap macamtu ye, nanti Mi boleh lihat macam biasa ,yakinlah Mi ‘’
‘’Mi sayang pada Nia sangat. ‘’
Rania hanya mampu tersenyum.Dia yakin kata-kata itu ikhlas dari hati Helmi.
SEMINGGU Rania tidak melawatnya di hospital .Kemana gadis itu pergi Helmi pun tidak mengetahuinya .Yang pasti dia amat merindui gadis itu.Setiap hari dia berharap rania akan datang melawatnya.Dia sungguh teruja ingin memberitahu sudah ada penderma yang inginmenderma kornea mata padanya.Rania sudah berjanjinya yang dia akan datang lagi.
Namun tiada langsung  kelibat gadis itu sehinggalah dia selesai menjalani pembedahan pemindahan mata.Dia berharap gadis itu dapat melihatnya yang kini dia sudah boleh melihat.Namun lelaki itu hampa.Setiap hari dia bertanya pada Gilson di mana Rania namun persoalan itu hanya tinggal persoalan .
‘’Gilson mana Nia?? ‘’
‘’Nia ..ermm..Nia.. ‘’
‘’Kau cakaplah yang sebenarnya tak payah berselindung.Mesti dia sudah tidak mahu terima akukan?? ‘’tebak Helmi
‘’ Dia ada kat sini Mi ‘’ Celah doctor Lee yang merupakan Ayah kepada Gilson.Dahi Helmi berkerut.
‘’Papa..’’
‘’tak guna kita rahsiakan semua ini Gil.. ‘’
‘’apa semua ni?? ‘’Soal Helmi yang kebinggungan.
‘’Pendema kornea mata itu adalah…
‘’siapa??’’
‘’Rania… ‘’
Air mata lelaki it uterus mengalir.Teresak –esak lelaki itu.
‘’dia dah tinggalkan kita semua’’
‘’Ya Allah kenapa tidak aku sahaja yang mati?? Kenapa harus dia?tak guna aku dapat meliahat jika cinta yang aku harapkan sudah pergi..’’
‘’janganlah disesali takdir tuhan ..’’Tambah Doktor Lee.
‘Nia Mi sayang Nia.Nia sekarang Nia sudah sebahagian dari Mi.Mi janji tidak akan mempersiakan pengorbanan Nia.Nia Mi cinta Nia sampai bila-bila’

Kelas Kau Maria @ Maya Haniera <3
~

No comments:

Post a Comment