Welcome To Maya Haniera's Blog

Tuesday, July 17, 2012

CERPEN CINTA



Seindah Cinta Zara


Zara merenung gelagat pasangan yang berada dihadapannya ketika ini. Kakinya bagaikan terpaku. Hatinya tersentap. Matanya berkaca. Dia tidak tahu mengapa dia harus begini.
Zara.. Jangan menanggis . Zara… Control perasaan kau…Kenapa kau perlu menanggis sedangkan kau sendiri yang merelakan perkahwinan mereka. Zara sedarlah, dari awal perkahwinan kau dengan Khairul, dia tidak mencintai kau. Cinta antara kau dengannya telah lama berakhir. Telah terlalu lama berakhir. Bisik hati Zara. Dia cuba memujuk hatinya.
Zara menundukkan kepalanya. Memandang lantai mamar yang berona putih susu. Dia mengetap bibirnya yang kian bergetar. Setitis demi setitis air matanya memabasahi pipi. Tiap kali itulah dia bagai merasakan hatinya seperti dititiskan dengan cecair asid yang tajam. Zara memalingkan tubuhnyaa kearah lain. Dia ingin mengatur langkah untuk beradar dari situ. Dia tidak tegar melihat gelagat mesra pasangan itu.
Namun langkahnya terhenti sebaik sahaja memandang wajah wanita yang berumur dalam lingkungan awal 30-an. Zara tersenyum nipis. jelas sekali senyuman itu tidak ikhlas. Wahidah tersenyum pahit. Dia terus menghampiri Zara. Pantas wanita itu memeluk tubuh Zara.
Zara hanya berdiam diri. Dia tahu kakak iparnya itu mengetahui apa yang terbuku dihatinya. Oleh itu dia cuba membuat tidak endah sahaja.Dia tidak mahu kakak iparnya itu turut terbeban.
“Akak minta maaf . Akak yang bersalah. Akak penyebab Zara menderita” Ujar Wahidah. Dia memeluk bahu  Zara erat sekali. Air matanya mengalir deras. Dia tidak rela melihat  perempuan sebaik Zara  mederita kerana adiknya. kalau sahaja dulu dia tidak meminta pertolongan daripada Zara untuk bernikah dengan adiknya, Khairul. Sudah tentu Zara tidak perlu menempuhi rintangan sebegini berat. Pasti Zara bahagia disamping keluarganya dan Tengku Shamim . Dia perosak segalanya. Perosak kebahagiaan Zara. Keputusan yang dahulunya dianggap adalah yang terbaik kini semuanya menjadi buruk belaka.Hidup Zara kian kucar-kacir . Ya Allah apa yang telah aku laku kan ini??
Zara meleraikan pelukan Wahidah. Wajah sembab kakak iparnya direnung.
“Akak tak salah.. Zara tak pernah salahkan akak dalam hal ni. Mungkin hidup Zara ditakdirkan sebegini rupa. Akak janganlah sedih okay???” Zara menyeka air mata Wahida yang masih bersisa di pipi wanita itu dengan menggunakan jari jemarinya yang tirus itu.
“Zara okay…”Ujar Zara separuh memujuk. Akak!! tolong Zara… Zara tak larat nak hadapi semua ni. Zara tak kuat. Jerit hati Zara separuh merintih.
“Akak Zara nak sambung basuh pinggan di dapur” Pantas Zara memotong kata-kata kakak iparnya itu. Tanpa menunggu jawapan daripada Wahidah, Zara terus meninggalkan Wahidah dalam keadaan terpingga-pingga.
Akak. Zara minta maaf. Zara tak mungkin meluahkan perasaan Zara pada sesiapapun pada waktu ini.Ia terlalu berat kak. Zara tak mahu masalah ini menjadi semakin rumit. Cukup sahaja Zara yang menderita. Zara tidak mahu keluarga ini musnah hanya kerana Zara.
Zara merebahkan kepalanya di permaidani yang terletak di bilik tamu. Permaidani? Ya permaidani. Tempat beradunya kini.Dia kini tidak ubah seperti orang gaji atau lebih tepat lagi hamba abdi kepada madunya, Sofea.
Sofea , seorang gadis yang kelihatan lembut dan sopan pada luarannya. Namun tiada siapa yang menyangka gadis ini sangat durjana. Dia hanya bersandiwara apabila berhadapan dengan Khairul. Namun tidak dibelakang Khairul, dialah manusia yang paling kejam di dalam dunia ini.
Sofea tidak membenar Zara tidur di atas katil yang telah di sediakan untuk Zara. Katanya Zara tidak layak tidur di atas katil bersaiz Queen yang mewah itu. Zara tidak mempunyai pilihan lain apabila madunya itu bertindak mengugutnya.
“Engkau mengadu pada abang Rul.Kau tahulah nasib kau. Aku akan pastikan kau berambus dari rumah ni dengan talak 3.!!!” Zara masih mengingati kata-kata yang berbau ugutan. Pada bibirnya terkunci. Dia tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Oleh itu dia harus mengikuti setiap telunjuk madunya.
Sungguh!! Dia takut bergelar janda. Pasti orang luar mengatakan Zara seorang isteri yang bodoh. Sanggup diperbodohkan oleh suami sendiri. Tetapi Zara tetap dengan kata hatinya. Dia tidak akan meninggalkan orang yang dia sayang selagi orang itu tidak meninggalkan dirinya. Namun dek kerana prinsipnya itu jugalah hidupnya diambang kehancuran.
Zara membuka laci yang berada tidak jauh darinya. Diari berona hijau pucuk pisang. Di atas diari itu tertulis  “Tengku Syahira Al-Zahra”. Perlahan-lahan Zara membuka diari itu. Begitu cermat.
21 March 2012
Hari ini, aku terus mengait rinduku. Mengait rindu padanya yang sudah tentunya tidak kesampaian. 7 purnama telah berlalu.Hidupku tiada sedikitpun bererti padanya.Ya Allah apa salah hambaMu ini. Mengapa aku tidak bisa hidup bahagia. Bahagia dengan orang yang aku sayang.
Bie..sayang rindu pada Bie 6 tahun lalu.Bie yang penyanyang, yang selalu sabar. Yang selalu sayang dan cinta pada sayang. Bie.. sayang tahu sayangpernah buat silap. Sayang tahu bie bencikan sayang. Tapi bie…Tak akan sayang langsung tidak berhak memiliki kebahagiaan bersama bie. Sayang tak minta lama bie.. sesaatpun jadilah :’( Tapi sayang tahu semua tu tidak mungkin akan berlaku. Ada sutu tembok telah memisahkan kita. Tapi bie.. Walaupun bie sudah tak sayang pada sayang. Sayang tak akan lupa mencintai bie sehingga ke akhir nafas sayang.
Zara meletakkan semula diarinya itu semula ke dalam laci tempat dia mengambil diari itu tadi. Zara Mengusap perutnya yang kian membesar. Dahinya berkerut-kerut. Bibirnya mula bergetar. Dia diundang rasa sedih.
Kasihan anak mama…. Tak mengapa nak… Mama tetap bersama anak mama. Tak mengapa jika papa tak mengaku anak mama ni sebagai anaknya. Tak apa sayang… mama masih mampu bagi kasih sayang untuk anak mama walaupun seorang. Anak mama kena kuat. Nanti boleh jaga mama. Jangan buat mama sedih lagi. Setitis demi setitis air matanya jatuh membasahi wajahnya, mengenangkan nasib anaknya kelak.
Dia masih mengingat sewaktu berita kehamilannya diketahui oleh Khairul. Lelaki itu langsung tidak memberikan respon yang menggembirakan. Lelaki itu seperti tiada perasaan. Mungkin dia tidak menginginkan kehadiran bayi yang terhasil dari benihnya sendiri. Pada waktu itu hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana sedihnya seorang isteri. Dia merasakan dirinya tidak dihargai langsung. Hatinya terluka dan terus terluka tidak terkira banyaknya sehingga terlalu parah.
Zara tersentak sebaik sahaja mendengar bunyi bising yang datangnya dari luar.  Alangkah terkejutnya Zara apabila pintu biliknya ditolak kuat. Sehingga menghasilkan bunyi dentuman. Zara terpaku apabila melihat wajah bengis Khairul yang sedang menghampirinya. Tubuh Zara mula mengeletar. Ya Allah selamatkan hambaMu ini.
Bagaikan hendak terhenti nafas Zara sebaik sahaja Khairul bertindak merentap rambutnya.
“Dasar perempuan tepi jalan!!! Tak sedar diri. Kalau aku tak ada dah lama kau merempat!” Sepantas kilat telapak tangan Khairul mendarat di pipi Zara. Zara tersentak. Setitis demi setitis air matanya mengalir. Zara menyentuh pipinya yang terasa perit. Di pintu Zara dapat melihat senyuman sinis yang terukir di bibir Sofea.
“Bie..apa salah Zara…”Soal Zara sebak. Belum pernah Khairul memperlakukan dia sedemikian rupa.
“Tak payah nak berlakon tak tahulah. Kau tau tak aku benci perempuan macam kau!!  Ada hati nak pikat kawan baik aku! Kau sedarlah diri kau tu! Depan aku kau berlagak baik. Belakang aku kau jadi perempuan sundal!” Khairul mengemaskan pegangannya. Raambut Zara di rentap lagi.
“Astagfirallahalazim..Bie, Zara tak buat macam tu.”Zara memegang kepalanya yang mula terasa sakit. Air matanya tidak berhenti meleleh ke pipinya.
“Ni apa? Patung kau dalam gambar tu ke?” Khairul mencampakkan beberapa keping gambar pada muka Zara.
Gambar itu diambil. Dia kenal gambar itu. Dia pasti gambari itu dirakam semasa dia berjumpa dengan Faizal minggu lepas. Tetapi dia masih ingat dia tidak berdua-duaan dengan Faizal tetapi dia bersama dengan Sofea pada waktu itu. Zara terus memandang ke arah Sofea.
“Pia… masa tu Zara dengan Pia bie…. Sumpah Zara tak tipu. Bie... jangan buat Zara macam ni…Tolong.. Sakit” Rintih Zara. Dia memeluk kedua-dua belah kaki Khairul dengan esak tangisan.
Khairul tersenyum sinis. Khairul mencengkam leher Zara dengan kedua-dua belah tangannya. Cengkaman itu terlalu kuat sehingga membuatkan Zara sukar bernafas. Zara memejamkan matanya. Yang ada dibibirnya pada ketika ini hanyalah laungan pada Tuhannya.
“Sudah memang jelas salah kau! Jelas Zara! Sekarang kau nak salahkan isteri aku! Perempuan penimpu macam kau memang patut mati je!!”
Bukankah aku juga isterinya? Sayang memang tak bermakna dalam hidup bie.. Betul bie cakap. Dari dulu sampai sekarang Zara selalu menyusahkan bie dan semua orang. Zara tidak mampu bernafas lagi. Dadanya begitu sesak. Sehingga membuatkan bibirnya berona biru.
“Aku nak kau berambus. Aku haramkan kau jejakkan kaki kau kat rumah ni. Kau berambus!! jangan bawa apa-apa barang yang milik aku..!! Kau berambus!!!!” Khairul melepaskan cengkaman pada leher Zara. Lelaki itu terus berlalu pergi bersama Sofea yang sempat menghadiahkan senyuman sinis pada Zara yang sudah terkulai layu di atas lantai.
Zara mengusir air matanya yang masih bersisa.  Diarinya yang tadi dipegangnya diletakkan diatas katil. Zara memandang gambar kahwinnya yang terletak kemas di atas meja lampu tidur. Zara menghampiri meja itu lalu mengambilnya. Zara memasukkan bingkai gambar itu ke dalam beg pakaiannya. Zara menanggalkan cincin yang tersarung kemas di jari manisnya. Perlahan-lahan Zara menanggalkan cincin emas putih bertatahkan belian itu. Gelang yang terukir namanya dan Khairul juga turut ditanggalkan dan diletakkan di atas sehelai kertas di atas meja lampu tidur itu.
Dengan langkah yang berat Zara melangkah keluar dari bilik itu. Wanita itu melangkah meskipun hatinya sakit. Hatinya perit. Namun apakan dayanya. Dia harus menurut kehendak suaminya. Sofea… Sampai hati Pia buat macam ni kat Zara. Zara tak pernah lukakan Pia. Ini balasan Pia pada Zara. Rintih hati Zara. Malam yang kelam. Terlalu gelap. Seorang wanita gagah merentasinya dengn hati yang penuh dengan luka. Dia berharap dengan kepergiannya ini akan membawa 1000 kebahagiaan buat Khairul dan Sofea. Baginya tidak mengapa dia menderita tapi penderitaan itu bukannya untuk Khairul. Jika itu kehendak Khairul dia reda dan merelakannya.
Di dalam bilik tangan Khairul mengeletar. Matanya bulat.Ya Allah apa yang aku telah lakukan ini. Ya Allah apa yang telah aku ucapkan tadi pada Zara. Isterinya yang sangat dia cintai. Dia tidak tahu mengapa dia bertindak kejam pada Zara sebenar tadi. Sebaik sahaja Sofea memberinya sampul surat yang berisi gambar Zara dan Faizal itu. Secara tiba-tiba sahaja dia bertindak luar kawalan. Dia tahu isterinya itu tidak akan melakukan perkara sedemikian. Tapi… Pasti Zara sangat terluka dengan kejadian tadi.
“Aku nak kau berambus. Aku haramkan kau jejakkan kaki kau kat rumah ni. Kau berambus!! jangan bawa apa-apa barang yang milik aku..!! Kau berambus!!!!” Tiba-tiba sahaja Khairul tersentak. Pantas Khairul berlari mendapatkan bilik Zara.
Kosong. Khairul tergamam.
“ Zara… Zara kat mana sayang.. Bie minta maaf…Zara keluarlah sayang..” Panggil Khairul lebut. Pintu bilik air yang terletak di dalam bilik Zara di tolak. Namun orang yang di cari tiada. Jantung Khairul mula berdetak kencang. Matanya liar mencari kelibat Zara di dalam bilik.
Pada waktu itulah mata Khairul terhenti pada objek hijau yang terletak kemas di atas katil. Khairul terus meng hampiri katil.
14 July 2012
Hari ni… mungkin dia lupa… Hari ni hari lahir aku. Tapi tak apalah.. Diari hari ini Aku dirundung sedih. Tak mengapalah aku sudah terlalu biasa dengan semua ini. Tak mengapalah. Betul kata bie aku memang patut pergi. Aku telah terlalu banyak menyusahkan orang disekeliling aku. Mungkin dengan kepergian aku ini mereka bisa bahagia.
Bie… Zara minta maaf kalau Zara pernah buat salah pada bie. Zara tau bie benci pada Zara. Zara tau Zara pernah buat bie sakit hati dengan Zara. Bie. Walaupun bie dah tak sayang Zara tak pernah sikitpun sayang dan cinta Zara kurang pada. Bie.. Zara minta maaf Zara tak boleh bawa cincin dan hadiah kahwin bie pada Zara. Sebab semua itu milik bie pemberian bie.. Walaupun Zara tak bawa tapi bie tetap dalam hati Zara sampai bila-bila.Bie hidup baik-baik ye kalau Zara tak ada nanti.. Zara sayang bie sangat pada bie walaupun nanti Tuhan sudah mengambil nyawa Zara.
Tanpa disedari air mata Khairul menitis membasahi pipi. Jari jemarinya yang mengeletar di gagahkan jua untuk menyelak helaian diari itu satu persatu. Khairul tergamam seketika pada helaian yang baru diselaknya tadi.
12 Febuary 2012
Aku…. Aku di sahkan hamil. Sedihnya hati sorang wanita apabila suaminya langsung tidak menghargainya. Mungkin Bie tidak menginginkan bayi yang berada dalam kandungan ku ini. Tidak mengapalah. Aku akan buktikan pada bie yang aku bisa memberinya permata hati walaupun nyawaku akan diragut kelak.
Hari ni. Sofea. Sofea telah membatalkan semua pengrawatan di hospital. Katanya Syarikat bie menghadapi masalah kewangan sehingga dia tidak mampu menanggung biaya pengrawatan kanser untuk aku. Tak mengapalah kalau itu bisa membuatkan bie tidak ditimpa masalah. Aku sendiri tahu biaya pengrawatan ku begitu besar…  Aku terima je keputusan yang bie buat. Tapi yang peliknya mengapa bie sendiri tidak memberi tahu kepadaku. Mengapa harus Sofea yang melakukannya.Argh… Mungkin bie terlalu sibuk menguruskan syarikat. Tidak mengapalah. J
“Sofea menghentikan pengrawatan Zara? Masalah kewangan? Sejak bila syarikat aku ada masalah kewangan sehinggakan sesi pengrawatan Zara harus di batalkan? ni semua mesti kerja si Sofea. Tak boleh jadi ni.” Khairul terus bangun dan mengatur langkah keluar dari bilik.
Namun langkahnya terhenti sebaik sahaja dia mendengar satu suara yang melintasi bilik Zara itu.
“Perempuan tu sudah di halau keluar.  Mama usaha kita telah berjaya. Kita sudah singkirkan perempuan malang tu. Jalankan plan yang seterusnya ma. Haha. Entah-entah esok lusa rumah ni buat kenduri arwahlah jawabnya.” Ujar sofea dengan penuh dengan senyuman sinis tanpa menyedari Khairul tercegat di belakangnya.
“Siapa perempuan malang??!!! Kau ni memang perempuan tak berhati perut. Aku ceraikan kau dengan talak tiga. Aku nak kau sekarang keluar dari rumah aku. Perempuan tak sedar diri…!!!!” Ujar Khairul dengan lantang. Akibat terlalu marah wajah lelaki itu bertukar rona menjadi rona merah.
Sofea tergamam. Matanya membulat bagaikan tidak percaya dengan apa yang terjadi pada ketika ini. Dia menghampiri Khairul lalu memegang tangan lelaki itu.
“Abang cakap apa ni?” Ujar Sofea cemas. Dia tidak ubai seperti cacing kepanasan.
“Kau tak dengar?? Aku ceraikan kau. Dan kau boleh angkat kaki dari sini.” Ujar Khairul merentap tangannya dan terus berlalu pergi. Sofea meraup wajahnya . Otaknya mula kusut.
Khairul melipat tikar sejadanya lalu diletakkan di atas katil.  Lelaki itu duduk di birai katil. Bingkai gambar yang terletak kemas di atas katil direnung. Rindu. Ya hanya itu yang mampu terluah semenjak Zara pergi dari rumah.
“Zara pergi mana sayang…? Puas Bie cari sayang. Sudah seminggu sayang menghilang. Bie rindukan sayang…” Ujar Khairul perlahan. Separuh merintih. Bingkai gambar tadi di bawanya ke dada. Sungguh dia rindu akan Zara. Sudah merata tempat dia mencari Zara, sudah hampir semua teman-teman Zara yang telah dihubungi. Namun dia masih jua menemukan jalan buntu. Kini yang dia mampu lakukan hanyalah berdoa dan terus berdoa agar tuhan mengembalikan isterinya.
Khairul bangun. Dia menghampiri jendela. Dari jendela itu kelihatan bulan penuh yang cerah memancar menerangi bumi malam.
Zara tidur kat mana sayang? Zara makan apa sayang? Zara dah makan ubat? Zara bie rindukan Zara…
Zara memandang bulan penuh di atas langit yang gelap. Tubuhnya yang di balut kediginan dibiarkan sahaja. Di tidur berlapikkan beg pakaiannya. Tidur beralaskan kepinggan kotak.
“Sayang… Kalau sayang rindu bie sayang renunglah bulan tu mesti pada waktu sayang renung bulan tu bie pun turut merasakan apa yang sayang rasakan saat itu…” Ujar Khairul sambil tersenyum. Zara masih ingat lagi saat itu. Saat-saat indah dia bersama Khairul.
Bie.. Sayang rindu pada bie.. Sayang rindu sangat. Bila bie nak datang jemput Zara.Sayu sekali. Pada saat itulah air mata Zara mula menitis. Bengkak di matanya masih belum surut namun kini dia menanggis lagi.
“Wahidah. Kau dapat jumpa Zara? Mana dia menghilang?” Soal Farisha. Sahabat baik kepada Wahidah. Wahidah yang tadinya hanya hayal dengan langkahnya memandang wajah Farisha.
“Aku tah tahu dia di mana? Aku dah try contact parents dia tapi dia orang tanya aku balik. Kesian dia Sha…” Ujar Wahidah. Wahidah memerhatikan gelagat pelik Farisha. Gadis itu khusyuk memandang pada lorong yang baru mereka lintasi.
“Wahidah..Zara.. Tu Zara..” Mata Farisha membulat.
“Mana? Mana? Kau jangan main-main Sha…” Ujar Wahidah cemas. Bibirnya terkelu apabila melihat ke arah yang di tunjukkan Farisha.
Setitis demi setitis air mata Wahidah mengalir melihat wajah kusut Zara yang sedang duduk bersebelahan tong pembuangan sampah.
“Zara…” Wahidah terus memeluk Zara. Wajah Zara di usap-usap. Kesian kau dik.
“ Kakak..?”
“ Zara kenapa? Zara… Kenapa Zara duduk kat sini sayang? Zara jom kita balik. Semua orang rindukan Zara.” Wahidah menarik tangan Zara. namun Zara menarik lembut tangannya dari pegangan tangan Wahidah. Perlahan-lahan Zara mengeleng.
“ Zara tak boleh balik rumah tu…” Ujar Zara lambat-lambat ada terselit sayu di situ. wahidah merenung mata Zara. Bengkak. Berair. Wanita itu memeluk bahu Zara lagi.
“ Zara sudah makan? Zara makan apa tadi..?” Wahidah meleraikan pelukkannya. Dia melihat riaksi Zara. Zara hanya tersenyum. Dia menunjukkan bungkusan yang berada di sebelahnya. Waahidah menekup mukanya dengan tangan kanannya. Sisa makanan yang telah dibuang. Ya Allah.
“ Zara balik dengan kakak ya? Duduk dengan kakak dan abang Helmi…” Ujar Wahidah sambil mengusir air matanya. Dia sebak melihat keadaan Zara.
Zara kenapa hidup kamu begini. Semuanya salah kakak sayang… Semuanya salah kakak. Zara apa nasibmu dik.. Kau terlalu tabah menghadapi semua ni.
Zara menggelengkan kepala. “ Zara tunggu bie jemput Zara” Bagai ingin gugur jantung Wahidah mendengar kenyataan yang terkeluar dari muut Zara. Ya Allah. Bersih sungguh hati gadis ini. Ya Allah. Lindungilah dia. Dia yang tidak berdosa.
Wahidah turun dari kereta dengan segera. Dia mendapatkan Khairul yang sedang termenung jauh di laman. Entah apa yang difikirkan hanya dia sahaja yang tahu.
“Rul!!” Tersentak Khairul apa bila namanya di laung oleh kakaknya kuat.
“ Kakak nampak Zara.”
Ucapan yang terkeluar dari mulut Wahidah tu telah mengukirkan senyuman di bibir Khairul. “ Kat mana??” Soal Khairul. Semangatnya seperti kembali semula. “JOm kita pergi tempat tu” Mereka terus berlalu pergi meninggalkan perkarangan rumah mewah itu.
 Khairul menekan pendal break keretanya. Keadaan jalan raya sesak gamaknya. Tidak sebiasanya jalan itu sesak melainkan ada kemalangan. Khairul menggaru kepalanya. Sesekali dia memandang wajah kakaknya yang berada di sebelahnya.
“ Ada kemalangan kowt..” Tebak Wahidah. Khairul hanya berdiam.
“encik ada apa di depan tu?” Soal Khairul sebaik sahaja dia menurunkan cermin kereta.
“Ada kemalangan di depan. mangsanya  perempuan mengandung.” Ujar Polis trafik yang melewati kawasan itu. Khairul tersentak. Wajahnya tiba-tiba sahaja pucat.
Zara.. Sepantas kilat lelaki itu keluar daripada kereta. Dia ingin melihat apakah yang terjadi di hadapan. Ya Allah semoga sahaja fikiran aku ini salah.
 Khairul tergamam. Zara. Perempuan tu Zara. Tangan Khairul mengeletar melihat  darah yang mengalir membasahi tar.
“ Zara… Jangan tingalkan bie…”  Khairul mendapatkan  Tubuh Zara yang dilumuri darah itu dipangku.
“Zara buka mata sayang….Buka mata…Bie datang nak jemput sayang..” Ujar Khairul sayu sekali diselangi dengan esakkan halus. Wajah Zara ditebuk perlahan.
“Bie..Sayang rindukan bie…” Walaupun perlahan namun suara itu masih jua kedengaran. Mata Zara terbuka kecil. Dahi wanita itu berkerut-kerut menahan sakit yang teramat sangat.
“Sayang Kita pergi hospital”
“Bie jaga diri ya.. Sayang sayang sangat walaupun kelak bie akan melupakan sayang. Bie  Zara minta maaf…” Mata Zara tertutup rapat. Tangannya yang tadinya erat memegang tangan suaminya itu terkulai.
ZARA!!!
Khairul duduk termenung di birai katil. Wajahnya muram. Sedih mungkin. Sedih akan kepergian orang yangsangat dia sayanginya.
“Bie…” Suatu suara lembut menyapa Khairul dari belakang.
Khairul menoleh kearah suara itu. Lelaki itu tersenyum. Dia menarik tangan wanita itui supaya wanita itu duduk bersebelahan denganya. Pinggang Zara dirangkul erat. Zara pula tanpa segan silu melentokkan kepalanya di bahu Khairul. Dia memagang erat tangan suaminya memberi kekuatan untuk lelaki itu.
“Bie Allah lebih sayangkan anak kita. Mungkin bukan rezeki kita. Insyaallah akan datang. Reda akan kepergian Asyraf. Semoga ada hikmah disebalik semua ini” Ujar Zara. Khairul tersenum pahit.
“ Sayang…”
“Ye” Zara memandang wajah suaminya dengan senyuman terukir di bibir.
“ Terima kasih kerana kembali dalam hidup bie..” Ujar lelaki itu tangan Zara dikucup lembut. Zara tersenyum.
“ Bie … Terima kasih kerana menerima sayang sebagai isteri bie” Ujar Zara dengan mata yang berkaca.
“ Sayang bie janji tidak akan mempersiakan sayang lagi. Bie akan sayang sayang sepenuh hati bie”
Zara tersenyum.
“Zara…” Panggil Khairul lagi.
“Erm?”
“Sayang lah buah hati pengarang jantung bie. Bie sayang sayang sangat.” Khairul mencubit pipi Zara. Zara menjerit kesakitan dan akhirnya mereka tersenyum sendiri. Bahagia. Semoga sahaja mereka akan menggecapi mahligai kebahagiaan sehingga ke akhir hayat mereka..

1 comment:

  1. Leave your comments here.. :) <3 hope u'll gonna enjoy it. :)

    ReplyDelete