Az... Sungguh aku rindu untuk memanggil nama itu. Masih terbayang2 senyumannya. Lirikan matanya yang bersahaja. Hanya mampu tersenyum dan terus tersenyum diakhier hayatnya. Walaupun aku mempersiakannya kerana duniawi. Lelaki itu tetap tersenyum. Lelaki yang aku anggap seperti abang kandungku sendiri. Lelalki yang sering melindungiku. Lelaki yang selalu berada disisiku sewaktu aku rebah. Lelaki yang memimpinku tika aku tidak terdaya... Sungguh aku rindu padanya. Rindu tersangat pada Az... Kini hanya kata-kata rindu yang meniti dibibirku yang mampu ku ucapkan.. Tiada lagi suaranya. Tiada lagi tawanya. Tiada lagi senyuman yang dapat aku lihat dari bibirnya. Semuanya hilang... Hilang lenyap dari bumi ini. Namun aku tahu walaupun jasadnya sudah lenyap, aku tahu dia selalu berada di hati aku... Berada di hati aku walaupun hingga aku mati... Az... terima kasih kerana menyedarkan saya...
Az... Saya masih ingat kata-kata awak dulu. Cinta itu adalah pengorbanan. Dan apabila kita mencintai seseorang kita perlu melakukan pengorbanan. Tidak kira pengorbanan itu sangat memeritkan...Dan kata-kata awak... Senyumlah selagi kita tidak menutup mata. Senyumlah untuk kebahagiaan orang sekeliling kita sekurang-kurangnya hati kita akan terubat sebaik sahaja mereka tersenyum kembali.. Az sekarang saya cuba untuk tersenyum. Cuba untuk tersenyum macam awak buat dulu. Awak... Sekarang baru saya tahu bertapa peritnya hati awak dulu...Namun saya gagahkan juga untuk orang-orang yang saya sayang... Walaupun mereka tidak menghargai. Tapi cukup sekadar saya puas dengan apa yang saya lakukan meskipun saya akan terluka... Dia tidak perlu tahu. dia tidak perlu tahu. Dan aku tidak mungkin akan memberi tahu dirinya sedangkan dia, dia tidak pernah bertanya.
Az saya rindu awak.. Saya rindukan awak... Sehinggakan saya mimpi awak menjemput saya... Az... Betulkah mimpi itu? Bisakah mimpi itu menjadi kenyataan?? Kalau sahaja bisa akulah insan yang paling beruntung. Tapi mana mungkin. Yang pergi tidak akan kembali..... Az... Saya selalu berdoa supaya saya bisa bertemu dengan awak di akhirat kelak... Semoga Allah memakbulkan doa saya. Semoga Allah memberi kekuatan untuk saya kekal untuk tersenyum... Dan terus tersenyum hingga ke akhirnya.. Insya Allah.. :)

No comments:
Post a Comment