Welcome To Maya Haniera's Blog

Sunday, September 9, 2012

Doa Buat Bie~ :'(

 Dikala orang diluar sana menyulam senyuman di bulan perayaan ini. Aku terus sendiri mengait kedukaan dihati. mungkin mulut ini tidak petah berkata-kata hanya bisa mencoretkan coretan duka yang telah lama terbuku dalam hatiku. Mungkin pada mereka yang sudah lali dengan penderiataan apa yang aku alami ini tidalah sehebat mana dugaan yang mereka rasai. Namun pada kala ini hatiku sedang dan sudah dirundung sepi. Aku tidak mampu meluahkan pada si dia mungkin aku terlalu bimbang melukakan si dia dan tidak mahu meraih simpati si dia. Aku mungkin insan yang sempurna. Mungkin tidak layak untuk dicintai dan mencintai. Dan aku juga mungkin tidak layak merasakan kebahagiaan. Apa yang aku jalani selama ini terlalu memeritkan. Dari kecil... aku tidak diberi perhatian. Semua yang aku miliki semuanya bukan milik aku. Setiap apa yang aku minta pasti didahulukan dengan amukan dari my mom. Dia selalu cakap my dad tak adil sebab dahulukan aku dari kakak. Aku lebih rela beralah kerana tidak mahu menimbulkan pertelingkahan. Aku selalu berdoa dan meminta keluarga ku sentiasa bahagia sedangkan diri aku.... namun bagi aku biarlah aku dikulikan. Biarlah aku direndah2kan. Biarlah semua itu terjadi selagi aku bisa melihat senyuman diwajah mereka. Biarkan aku tidak bergaya kerana aku tahu selama ini aku telah bayak memberi beban pada mereka. Pada aku selagi aku mampu untuk tersenyum aku akan terus tersenyum biarpun hati aku berdarah sekalipun biarpun aku harus begadai nyawa. Mungkin pada si dia, aku hidup dengan mewah, penuh dengan kasih sayang dan sebagainya. Tapi semua itu hanya mimpi aku disiang hari. Aku tak pernah merasakan semua itu. Aku tidak mungkin akan menceritakan apa yang aku rasakan. Aku tak mahu meraih simpati. Lagipula dia tidak pernah bertanya soal keluargaku yang dianggap bahagia.
Sungguh aku sudah tidak mampu untuk menanggung semua ini lagi. Terlalu perit. Terlalu perit apatah lagi setelah aku mendapat tahu yang ada gadis lain yang mencintai dia. Mungkin dulu aku pernah tersilap langkah dulu sehinggakan pada suatu saat aku tidak mengendahkan dirinya. Namun kini perasaan itu dari hari ke sehari semakin kuat bersimpul sehingga tidak boleh dileraikan lagi. Aku terlalu takut. Takut sangat. Cinta dan perasaan aku hanya untuk dia. Aku sedar mungkin aku ini tidak pantas untuknya yang mempunyai rupa, sedangkan aku? perempuan yang telalu malang... Namun sungguh aku telah jatuh cinta pada dia. Aku tidak akan mungkin bisa kehilangan Meer. Sebelum ini dia adalah segalanya padaku. Aku bisa bertahan sehingga ke hari ini kerana dia insan yang bernama Syazmeer. Dia memberi kekuatan, memberiku semangat, membangunkan aku saat aku jatuh tersungkur, dan yang paling penting insan yang selalu menemaniku.  Namun kini aku seolah-olah merasakan semua itu mulai hilang. Dia seperti menjauhkan diri dariku. Kenapa?  dia terlalu busy dengan kerja sehingga tidak sempat untuk menghubungiku. Tidak mengapalah mungkin dia ingin mengumpul wang untuk kami kelak. Setiap hari aku akan menghubunginya. Aku tahu mungkin kehadiran panggilan telefon yang bertalu-talu dariku membuatkan dia rimas dan terus rimas. Namun apa yang boleh aku lakukan aku terlalu rindu padanya. Kejarangan dia menghubungiku membuatkan aku terasa semakin tersisih. Dia seperti sudah tidak mengendahkan aku... Peritnya jalan aku tempuhi. Tak sedikitpun orang yang tahu. Kerana aku tidak mungkin menanggis teresak-esak dikhalayak ramai di sebabkan nasibku. yang ada dan yang aku mampu hanyalah menanggis dan terus semenanggis mengadu nasibku dengan Penciptaku yang Maha Esa. Ya Allah aku terlau mencintainya dan sesuatu yang aku paling takut terjadi dalam hidup aku apabila dia meninggalkan aku. Bagaimana aku harus lalui hari hari ku kelak jika semuaitu hilang. kebahagiaan yang pernah aku rasakan hilang. Ya Allah beri aku kekuatan untuk semua ini. Ya Allah beri aku ketabahan. ya Allah jika benar gadis itu mencintai bisa membuat dia bahagia lebih dariku. Kau bawalah aku jauh disini. Bawalah aku ke tempat yang bisa membuat aku tenang dan taat padaMu Ya Allah. Ya Allah seandainya itu  adalah kebahagiaan buat mereka aku reda Ya Allah. Aku reda. kerana setiap senyuman dari bibir Syazmeer itu sudah memberi seribu kebahagiaan buatku. Aku tidak tahu lagi ke mana dan di mana aku perlu meluahkan nasibku selepas ini. Aku sudah tidak punya apa-apa sekarang yang aku ada hati dan perasaan untuk menemani aku sehingga ke akhir hayatku. 
~ Ya Allah semoga dia bahagia. Ya Allah Kau berilah kesenangan untuk dia menjalani hari  yang bakal mendatang. Ya Allah Kau ukirlah senyuman diwajahnya supaya aku bisa tersenyum lagi da berdaya untuk meneruskan semua ini. ya Allah Engkau berikanlah kebahagiaan buat keluargaku dan sahabat-sahabat yang selalu disisi.... Ya Allah semoga aku kuat untuk melalui derita ini. Dan semoga aku bisa merasa kebahagiaan dengannya walaupun sesaat sahaja. :')

Note utk bie :-
Bie.. Syg thu syg pernah buat silap. Syg byk dosa pada bie. Syg minx ampun minx maaf. Syg tak ada niat nak berbuat demikian. Mungkin syg khilaf. Bie kalaulah bie tahu betapa sygnya syg pada bie. . . Bie jaga diri baik-baik. Syg terlalu rindu pada bie... bie kalau b ada kelapangan bie hubungilah syg. Bie.. syg selalu ingat dan cinta pada bie. Bie syg harap sgt kita ada jodoh. Dan kalau semua tu tidak di takdirkan di sini syg harap sgt kita akan dipertemukan diakhirat kelak. Assalamualaikum cinta.

:') Salam sayang Nur Maria a.k.a TEZ

No comments:

Post a Comment